Syabab Talk UNITEN

Pengerusi Kelab WAMY Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Hasnul Haniff Harun telah hadir menyampaikan slot dalam Program Syabab Talk Series dan Jelajah Kelab WAMY Malaysia yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang.

Sdr. Hasnul Haniff telah berkongsi pandangan dan pengalaman tentang kerja-kerja belia yang telah menjadi tumpuan Majlis Belia Malaysia sejak sekian lama. Oleh itu WAMY adalah salah sebuah platform yang baik untuk belia-belia termasuk belia universiti untuk mengetengahkan diri kepada program-program NGO khususnya berkaitan pengantarabangsaan. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Kelab WAMY Malaysia khususnya kepada golongan mahasiswa/i di negara ini. Program ini akan diteruskan di 8 buah universiti.

Pengerusi Kelab WAMY, Muhamad Hanapi yang juga Felo Penyelidik MBM turut membuat perkongsian kepada para peserta dalam menyampaikan slot “Budaya Ilmu dan Aktivisme Pelajar “. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir.

Tadabbur Al-Quran (Edisi Wanita)

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah menjalankan seminar yang bertajuk “Tadabur Al Quran (Edisi Wanita)” di RHR Hotel UNITEN pada 9 Februari 2020.

Pihak WAMY telah menjemput dua orang penceramah iaitu Ustaz Muhamad Syaari untuk sesi pagi dan Ustaz Syahmi untuk sesi petang. Bilangan peserta semasa seminar ini seramai 13 orang wanita. Antara pengisian yang disampaikan ialah kisah-kisah wanita yang terdahulu di dalam Al Quran, memahami karakter 4 wanita yang dimurkai, mempelajari cara untuk tidak tergolong dalam kategori wanita yang dimurkai dan sebagainya.

Women, Anxiety & Depression Awareness Seminar

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah menjalankan seminar yang bertajuk “Women, Anxiety and Depression” di RHR Hotel UNITEN pada 5 Februari yang lalu.

Pihak WAMY telah menjemput Puan Hajjah Azlina Roszy sebagai penceramah pada hari tersebut. Beliau merupakan Pakar Psikologis Klinikal di Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah. Manakala bilangan peserta pula seramai 30 orang wanita dari pelbagai organisasi. Antara isi kandungan yang telah dibentangkan ialah pengenalan kepada kebimbangan dan kemurungan, jenis-jenis kebimbangan dan kemurungan, cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut dan sebagainya.

Ukhwah Mahabbah

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah menjemput beberapa NGO wanita sekitar Bangi dan Kajang pada 31 Januari 2020.

Antara NGO yang hadir pada hari tersebut ialah WAMY, Suri Rumah Rahmah, Green Waste Selangor dan juga Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Bangi. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama NGO di sekitar Bangi dan Kajang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan organisasi masing-masing dan juga program-program yang akan berlangsung pada masa akan datang.

Kunjungan ke Sekretariat ABIM Pusat

Kakitangan WAMY Malaysia berkesempatan berkunjung ke pejabat Sekretariat ABIM Pusat pada 23 Januari 2020 dan bertemu barisan kepimpinan ABIM baru yang diketuai oleh Presiden Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz.

Semoga pertemuan ringkas ini dapat membuka ruang kolaborasi antara ABIM dan WAMY Malaysia untuk program-program dan aktiviti belia di masa akan datang.

Pelancaran Siri Jelajah Syabab Talk

WAMY Malaysia telah memulakan program pertama untuk tahun 2020 dengan Majlis Pelancaran Siri Jelajah Syabab Talk di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 22 Januari 2020.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah WAMY Malaysia Ustaz Maged Mohammed Badhawi turut dihadiri oleh Timbalan Rektor KUIS Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman.

Presiden Majlis Belia Malaysia Saudara Jufitri Joha juga berkesempatan berkongsi pandangan tentang kesukarelawanan dan aktivisme dalam kalangan belia.

SUMBANGAN IFTAR JAMAIE UNTUK PELAJAR SEKOLAH DAN UNIVERSITI

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

JEMPUTAN BERSAMA MENAJA IFTAR RAMADHAN 1439H UNTUK PELAJAR UNIVERSITI DAN SEKOLAH MENENGAH

Sukacita dimaklumkan World Assembly Muslim Youth (WAMY) MALAYSIA yang berpusat di Kajang, Selangor, seperti biasa akan menyumbang Pek Iftar Ramadhan untuk pelajar sekolah menengah dan Universiti. Sasaran sumbangan pada tahun ini ialah 5000 orang.

Oleh itu, WAMY amat berbesar hati menjemput Syarikat/ Individu bagi menaja Pek Iftar seperti berikut:

RM10 x 5000 pek 🍚🍲🍛🍤

Majlis Iftar akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan 1439H di sekolah dan universiti yang berbeza berdasarkan tarikh yang telah dipersetujui oleh pihak berkenaan.

Besarlah harapan agar Tuan/Puan sudi menyumbang seikhlas mungkin.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun MBB 562021627038- WAMY BHD.

Bukti sumbangan boleh dihantar ke “whatsapp” Puan Normazita binti Ismail di (0169472064)

Semoga kita termasuk dalam golongan yang disebutkan Rasulullah SAW seperti sabda baginda:

Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut”
(Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
HJ. SHAHRIN AWALUDIN
CEO WAMY

#Kempenseorang RM10
#1syarikatRM1000