Al Qur’an dan Ramadhan

[شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ]

[البقرة: 185]

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil) (Al Baqarah, 185).

 

Bulan Ramadhan adalah bulan Al Qur’an. Kerana Allah SWT menurunkan Al Qur’an dari Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzah (suatu tempat di atas langit pertama) pada malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan. Oleh itu, sudah selayaknya apabila aktiviti Al Qur’an kita jadikan sebagai amalan utama dalam mengisi Ramadhan.

 

Rasulullah selalu menjadikan Ramadhan sebagai bulan Al Qur’an. Dalam hadith berikut ini akan nampak bahawa jibril –alaihissalam- selalu datang kepada Rasulullah SAW di bulan Ramadhan untuk mengajarkannya Al Qur’an.

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ r أجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ ، فَلَرَسُولُ الله r، حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ . (متفقٌ عَلَيْهِ).

 

Daripada Ibnu Abbas ra, ia berkata: “Adalah Rasulullah SAW orang yang sangat dermawan. Dan beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika ia berjumpa dengan Jibril –alaihissalam-. Malaikat Jibril –alaihissalam-  selalu mendatanii Rasulullah SAW di setiap malam bulan Ramadhan untuk mengajarkan dan mengulang kaji Al Qur’an. Dan Rasulullah SAW ketika didatangi Jibril lebih dermawan dari pada angin yang bertiup”. (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).

 

Demikan juga dengan para ulama, sebahagian mereka bahkan terbiasa meninggalkan aktiviti-aktiviti yang lain (seperti mengajar, berdiskusi dan menulis kitab). Mereka fokus dibulan suci ini untuk membaca dan mentadabburi Al Qur’an.

 

Syekh Robi’ bin Sulaiman berkata:  adalah Muhammad bin Idris Asy Syafi’i (Imam Syafi’i) mengkhatamkan Al Qur’an di bulan Ramadhan sebanyak 60 (enam puluh) kali. Tidak ada sedikit pun yang dibacanya melainkan di dalam solat”.

 

Jom kita perbanyakkan membaca Al Qur’an di bulan yang penuh berkat ini.

 

 

Leave a comment