Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia Zon Utara

mukimutara-hdr-01Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia kini memasuki siri ke 7. Membawa tema Kepemimpinan Belia: Sejarah dan Hala Tuju, muktamar ini bertujuan untuk mengumpulkan belia-belia Islam khususnya dikalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Ia juga bakal menjadi satu forum perbincangan bagi semua pihak yang terlibat dengan belia Islam di pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada penggubal dasar, pentadbir, aktivis belia, pensyarah dan mahasiswa.

Adalah menjadi harapan WAMY bahawa muktamar ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti kepemimpinan belia Islam di seluruh negara. Secara khususnya tujuan Muktamar pada tahun ini bolehlah dirumuskan seperti berikut :

•    Menjelaskan ciri-ciri kepemimpinan belia Islam dari perspektif sirah Rasululullah dan sejarah kegemilangan Islam.

•    Mengenal pasti keperluan-keperluan asas dalam membina kepemimpinan belia Islam.

•    Merangka konsep dan mekanisma jaringan kepemimpinan belia Islam masa kini.

 

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila ke http://mukim.wamy.my

Leave a comment