MUKIM Sabah 2

Alhamdulillah, program MUKIM Sabah – II berjaya dijalankan dengan cemerlang pada 18 Oktober 2014, bertempat di Universiti Malaysia Sabah.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta beberapa jabatan kerajaan dan NGO Islam yang berkenaan. Penglibatan aktif badan kerjasama sepanjang program ini berlangsung amatlah disambut dihargai. Ianya dapat dilihat melalui komitmen mereka memenuhi keperluan program berkenaan daripada sudut logistik, teknikal dan juga penyertaan peserta. Daripada sudut majlis rasmi, ucaptama program ini disampaikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Bin Datuk Hj Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah dengan tajuk “Membangun Jati Diri Belia Islam Sabah”.

Pengisian program ini antara lain meliputi perbincangan dalam pembentangan kertas kerja mengenai tema pemuda dan pendidiakan, belia dan ekonomi serta belia dan agenda dakwah. Semoga apa yang diperolehi dapat diamalkan dan dimanfaatkan kepada untuk membawa kebaikan kepada ummah dan negara.

Leave a comment