Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia 2014

Islam adalah agama yang sangat memuliakan para pemuda dan belia. Mereka adalah kelompok masyarakat yang mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan kepemimpinan negara dan dunia seluruhnya. Sirah Rasulullah saw. dan tamadun Islam banyak merakamkan kisah perjuangan para pemuda yang seharusnya menjadi iktibar kepada belia masa kini. Generasi belia yang memiliki kekuatan iman, semangat dan daya juang yang tinggi, luas penguasaan ilmu serta berkeupayaan untuk memimpin anggota masyarakat. Dengan memiliki eleman-eleman ini, mereka diharap dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada agenda transformasi negara dan ummah.

WAMY sebagai sebuah pertubuhan belia antarabangsa telah memulakan siri muktamar belia ini di Kuala Lumpur (5 Mei 2012), Sarawak (15 November 2012), Sabah (23 September 2013) yang lalu dan Terengganu merupakan destinasi ke empat.

Tujuan

Muktamar ini bertujuan untuk mengumpulkan belia-belia Islam khususnya dikalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Ia juga bakal menjadi satu forum perbincangan bagi semua pihak yang terlibat dengan belia Islam di pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada penggubal dasar, pentadbir, aktivis belia, pensyarah dan mahasiswa.

Adalah menjadi harapan WAMY bahawa muktamar ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti kepemimpinan belia Islam di seluruh negara. Secara khususnya tujuan Muktamar pada tahun ini bolehlah dirumuskan seperti berikut :
i) Menjelaskan ciri-ciri kepemimpinan belia Islam dari perspektif sirah Rasululullah dan sejarah kegemilangan Islam.
ii) Mengenal pasti keperluan-keperluan asas dalam membina kepemimpinan belia Islam.
iii) Merangka konsep dan mekanisma jaringan kepemimpinan belia Islam masa kini.

Peserta Muktamar

Muktamar ini adalah terbuka kepada semua belia yang beragama Islam dan sasarannya ialah :
• Pemimpin Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta
• Pemimpin dan aktivis belia badan-badan bukan kerajaan
• Pensyarah Muda institusi pengajian tinggi awam dan swasta
• Pegawai kementerian-kementerian yang berkaitan

Anggaran bilangan peserta ialah 500 orang (lelaki dan perempuan).

Bentuk Muktamar

Muktamar ini akan dijalankan dalam bentuk :

Ucaptama :
Kepemimpinan Belia : Sejarah dan Hala Tuju
PROF. MADYA DR. NIK WAN BIN OMAR
Timbalan Naib Canselor (HEPA), UniSZA

Kertas Muktamar 1 :
Kepemimpinan Ideal: Iktibar Sirah Nabawiyah
DR. ZULKIFLY MUDA
Mufti Negeri Terengganu

Kertas Muktamar 2 :
Kepemimpinan Belia Islam: Cabaran Realiti Semasa
USTAZ SHAHRIN AWALUDIN
Ketua Pegawai Eksekutif, WAMY Malaysia

Kertas Muktamar 3 :
Budaya Ilmu Prasyarat Transformasi Belia Muslim
DR. AHMAD BAZLI SHAFIE
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA

Sidang Pleno : Prospek dan Agenda Kepemimpinan Belia Terengganu
Pengerusi : Wakil Kelab WAMY Malaysia
Panel 1 : Wakil Jabatan Belia dan Sukan Terengganu
Panel 2 : Wakil NGO Islam / Belia
Panel 3 : Wakil Mahasiswa (UniSZA)

Leave a comment