Seminar Tadabbur Al-Quran 2014

Print

 

Permasalahan utama dalam memahami al-Quran menurut Said Hawwa dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatin Nafs: “Antara kelemahan umat Islam dalam memahami al-Quran selain jurang bahasa ada satu punca yang ramai orang awam tidak memperhatikannya iaitu ‘tidak mampu mentadabburkan al-Quran’. “

Sehubungan dengan itu WAMY melalui BAITUL QURAN bercadang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan masyarakat Islam di Malaysia menyemarakkan pendidikan al-Quran khusus dalam bidang tadabbur al-Quran.

Seminar yang akan diadakan buat kali ke-4 ini bertujuan untuk memperkenal dan mempopularkan ‘tadabbur’ al-Quran di kalangan masyarakat Islam khususnya golongan pelajar, mahasiswa dan belia di seluruh negara melalui guru dan pensyarah. Ia juga diharap akan menjadi satu forum perbincangan bersiri bagi semua pihak yang terlibat dengan pendidikan al-Quran di pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.

Adalah menjadi harapan Baitul Quran bahawa seminar ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan al-Quran di seluruh negara. Secara khususnya tujuan Seminar pada kali ini boleh dirumuskan seperti berikut:

  • Membincangkan konsep dan kepentingan tadabbur al-Quran dalam manhaj pendidikan al-Quran dan tahfiz di Malaysia.
  • Membincangkan kaedah dan disiplin tadabbur al-Quran dalam pendidikan al-Quran dan tahfiz.
  • Merangka konsep dan strategi pendidikan tadabbur al-Quran di sekolah menengah dan institusi tahfiz.

Seminar ini adalah terbuka kepada semua yang beragama Islam dan sasarannya ialah:

  • Pegawai dan guru Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  • Pensyarah bidang al-Quran institusi pengajian tinggi.
  • Pengetua dan guru-guru al-Quran & Pendidikan Islam.
  • Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
  • Pemimpin dan aktivis Islam badan-badan bukan kerajaan.

Leave a comment