Sidang Meja Bulat Dakwah Belia dan Bukan Islam di Sabah

WAMY Malaysia diketuai oleh CEO WAMY Malaysia, Ustaz Syahrin Awaluddin dan 2 orang eksekutif dakwah dan media WAMY Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah dan Sarawak bermula pada 6 Disember sehingga 9 Disember 2013 baru-baru ini.

Pada hari Sabtu 7 Disember 2013, WAMY Malaysia telah mengadakan program Sidang Meja Bulat Dakwah Belia dan Bukan Islam di Sabah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah. Sidang meja bulat ini dihadiri oleh wakil-wakil NGO Islam dan aktivis dakwah di Sabah.

Antara wakil yang hadir dalam sesi sidang meja bulat ini ialah Hidayah Centre Sabah, Asian Federation of Muslim Youth (AFMY), Ikram Siswa Sabah, IKRAM Sabah, Persatuan Siswazah Saba h(PSS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah, Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA), Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu (SAHABAT), Kelab Rakan Masjid UMS, Persatuan Pendakwah Islam Sabah, Masjid Bandaraya, Skuad Iman Sabah,Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah, PAS, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) cawangan Sabah.

CEO WAMY Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan pada sidang meja bulat tersebut. Sidang Meja Bulat ini diadakan bagi merangka jaringan kerjasama dakwah di Sabah disamping bersempena dengan penubuhan Youth Dakwah Centre (YDC) oleh WAMY Malaysia di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Youth Dakwah Centre (YDC) ini dijangka akan mula beroperasi awal 2014 dan ia dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang mahu menggerakkan aktiviti anak muda Islam di Sabah.

Leave a comment