Seminar GEN-Q Kids

Program Seminar GEN-Q KIDZ merupakan satu program yang dianjurkan oleh Baitul Quran, WAMY Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru pendidikan Islam dan ibu bapa tentang pembelajaran al-Quran bagi kanak-kanak. Program ini akan memberikan gambaran yang positif kepada mereka mengenai pembelajaran al-Quran yang begitu penting dalam perkembangan anak-anak.

Selain itu juga, seminar ini memberikan pendedahan tentang kaedah-kaedah praktis hafazan al-Quran bagi kanak-kanak. Kaedah-kaedah ini bukan dapat dijalankan oleh sesiapa sahaja. Malahan ibu bapa menjadi aktor penting dalam hafazan al-Quran kanak-kanak.

Objektif kursus ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pembelajaran al-Quran sejak dari┬ákecil.
  • Memberi pendedahan tentang kaedah-kaedah praktis hafazan al-Quran untuk kanak-kanak.

GEN-Q Kids

Leave a comment