MUKIM Sabah: Kearah Memperkasakan Kepemimpinan Belia Islam Malaysia

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T  Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai MUKIM Sabah 2013 telah dilaksanakan pada 28 September 2013 bertempat di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Fokus program ini adalah kepada golongan belia sejajar dengan objektif yang dibawa oleh WAMY sendiri. Hampir 300 orang yang telah hadir ke Muktamar ini dan diantaranya adalah pelajar sekolah, golongan mahasiswa dan kakitangan jabatan kerajaan dan swasta.

Program telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Shahrin Bin Awaludin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WAMY, Prof. Dato’ Abang Abdullah Abang Ali sebagai Pengerusi Majlis Penasihat WAMY dan seterusnya ucapan perasmian program oleh Datuk Hj. Mohd Datuk Hj Mohd Arifin bin Hj Mohd Arif sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri secara langsung memberi ucaptama dalam majlis tersebut.

Terdapat tiga sesi di dalam Muktamar ini iaitu sesi Kertas Muktamar 1 yang dibentangkan oleh Ahmed Abdul Malik  selaku Pensyarah USIM di bawah tajuk Kepemimpinan Ideal: Iktibar Sirah dan Sejarah  pada jam 11.00 tengahari. Seterusnya bersambung dengan pembentangan Kertas Muktamar 2 oleh Ustaz Shahrin Bin Awaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif WAMY di bawah tajuk Ke Arah Memperkasakan Kepemimpinan Belia Islam.

Pada sesi petang pula telah diadakan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Prospek dan Agenda Kepemimpinan Belia Sabah dan disampaikan oleh Abdullah Bade selaku Sekretariat ABIM, Sabah. Seusai pembentangan tersebut, majlis diteruskan lagi dengan sesi sidang pleno yang dwakili oleh dua orang pleno iaitu Ustaz Hj Samin yang merupakan Pengarah Yadim Sabah, Saudara Wan Sheran yang merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Ainsham dan sidang pleno tersebut di pengerusikan oleh Ustaz Wan Hazizul yang merupakan Presiden Kelab WAMY Malaysia. Sidang pleno ini mengupas dengan lebih mendalam lagi tajuk Prospek dan Agenda Kepemimpinan Belia.

Program telah diakhiri dengan ucapan penutup dan resolusi oleh Ustaz Shahrin Bin Awaludin. Semasa sidang resolusi dijalankan, terdapat beberapa peserta yang telah memberi cadangan untuk WAMY seperti menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelajar Giatmara Sabah dan menyebarkan dakwah di kawasan-kawasan terpencil.

Leave a comment