Rehlah Integrasi WAMY Nisa’

Pada 28-30 Jun 2013 yang lalu, Bahagian Wanita, WAMY Malaysia telah mendakan Rehlah Integrasi WAMY Nisa’ bertempat di Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat. Seramai 30 peserta  yang hadir terdiri daripada para pelajar university daripada pelbagai university antaranya, UIAM, UM dan juga Mahsa College.

270486_165802003602272_1878017097_n

Sepanjang 3 hari program ini berjalan, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Explorace, permainan air, dan sebagainya. Satu sesi pembentangan program yang sesuai untuk memantapkan lagi WAMY Nisa’ juga telah diadakan dan ketika sesi ini, para peserta diberi peluang member cadangan dalam merangka program Nisa’ untuk masa akan dating.

Melalui program ini juga, para peserta dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari pelbagai university dan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Program ini telah berakhir dengan jayanya dan diharap agar para peserta yang terlibat dapat terus bekerjasama dengan WAMY Nisa’ dan hubungan yang terbina antara mereka tidak berakhir pada program tersebut sahaja.

1006207_165810076934798_441825799_n

1011927_165801073602365_333817143_n

1012165_165809510268188_539873490_n

Leave a comment