Bengkel Kepimpinan WAMY Nisa’

Seramai 25 orang pelajar perempuan tingkatan 2 dan tingkatan empat telah menyertai Bengkel Kepimpinan Pelajar Sekolah 2013 anjuran Bahagian Nisa’ WAMY, Malaysia Office pada 15 Jun yang lalu. Bertemakan ‘Ke arah membina individu berkepimpinan’, bengkel satu hari yang telah diadakan di Altfa Training Centre, Bandar Baru Bangi itu telah menggabungkan adik-adik pelajar dari Sekolah Menengah Islam ABIM Sg. Ramal dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan.

 

IMG-20130617-WA0005  

Program bermula pada jam 9 pagi dengan sesi pengenalan tentang Kelab WAMY Nisa’ yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden Kelab WAMY Malaysia yang juga Pengerusi Kelab WAMY Nisa’, Sr. Nur Natasha Atiqqa. Program diteruskan dengan sesi ceramah daripada En. Rosli Zakaria, bekas Editor majalah Milenia. Sesi ceramah yang bertajuk ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’ diharap dapat membantu para peserta untuk menyedari potensi kepimpinan dalam diri melalui penerapan budi pekerti dan ciri kepimpinan yang baik.

 

IMG-20130617-WA0008

 

Sesi seterusnya dijalankan dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDK) bersama para fasilitator daripada Kelab STEADFAST UIAM. Seramai 10 orang fasilitator telah bekerjasama dengan WAMY Nisa’ untuk membantu adik-adik menyedari potensi kepimpinan dalam diri masing-masing. Pelbagi aktiviti dan modul telah dijalankan yang menekankan tentang teknik-teknik kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Para peserta telah diajar tentang teknik perancangan dan pelaksanaan serta beberapa modul lain yang menitik beratkan kerjasama dalam kumpulan.

 

IMG-20130617-WA0013

 

Bengkel yang berakhir pada jam 5 petang dan para peserta serta guru berpuas hati dengan pengisian dan perkongsian yang telah diberikan sepanjang program. Bengkel ini diharap dapat mencapai objektifnya dan dapat membantu para peserta mengcungkil potensi diri masing-masing sebagi pemimpin.  

 

IMG-20130617-WA0016

Leave a comment