Lawatan Dr. Said bin Ahmad Al-Awais

Pada 9 & 10 May 2013, Dr. Said bin Ahmad Al-Awais, daripada WAMY Arab Saudi telah mengadakan lawatan ke Malaysia. Lawatan beliau dan 7 lagi delegasi daripada Arab Saudi dimulakan dengan lawatan ke Fakulti Qur’an & Sunnah, Universiti Sainis Islam di Nilai. Dr. Said telah bertemu & beramah mesra dengan pemegang kafalah halaqah di sana, di samping menyanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi. Delegasi Arab Saudi tersebut juga menziarahi lot pejabat WAMY baru di USIM, yang diwujudkan untuk memudahkan gerak kerja dakwah di sana.

 
Usai lawatan di USIM, mereka di bawa ke tempat penginapan di Hotel Shang Ri La, Putrajaya untuk makan tengah hari & berehat. Lawatan diteruskan selepas Asar ke Ibu Pejabat WAMY Malaysia yang baru, Taman Putra Kajang. Disana, Dr. Said sempat berjumpa dengan staff WAMY Malaysia & memberikan suntikan semangat untuk terus bergiat kerja & memperkasakan kerja-kerja dakwah. Lawatan kemudian diteruskan ke Universiti Islam Antarbangsa. Di sana Dr. Said bertemu & beramah mesra dengan pelajar antarbangsa & terlibat dengan aktiviti WAMY. Pada hari berikutnya, lawatan terakhir diteruskan ke Kedutaan Arab Saudi sebelum delegasi Dr. Said meneruskan penerbangan ke Indonesia pada Sabtu pagi.
 
DSC 0493
Perjumpaan bersama pemeganag kafalah halaqah di Fakulti Quran & Sunnah di USIM.
 
DSC 0499
 Dr. Said menyampaikan amanat beliau & berdiskusi bersama pemegang kafalah halaqah.
 
DSC 0564
 Dr. Said menyampaikan hasrat kepada wakil daripada USIM untuk menjalankan kerjasama lebih erat dengan WAMY dalam membuat pelbagai aktiviti.
 
DSC 0657
 
Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia, Ustaz Shahrin Awaluddin, bersama Dr. Said bin Ahamd Al-Awais & delegasi daripada Arab Saudi di pejabat baru WAMY Malaysia di Taman Putra Kajang.

Leave a comment