Kupasan Buku ‘Reclaim Your Heart’ daripada Yasmin Mogahed

Pada 15 April 2013, Yasmin Mogahed Live in Malaysia: Reclaims your heart telah selamat berlangsung di MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC) Jalan Duta, Kuala Lumpur. Program yang dijalankan dengan kerjasama Light Upon Light dan juga Mahallah Ali, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan dihadiri oleh lebih 1500 orang peserta wanita dan 500 peserta lelaki. WAMY turut menghantar wakil daripada WAMY UIAM yang terdiri daripada pelajar antarabangsa dan tempatan.

Program dimulakan pada jam 8 malam dengan diacarakan oleh selebriti TV, Wardina Safiyyah. Program ini yang berkonsepkan sesi ceramah atau talk bersama Yasmin Mogahed, penulis buku Reclaims Your Heart turut diserikan dengan persembahan short play daripada adik-adik Sekolah Islam Adni berkisarkan perjuangan kanak-kanak dan wanita di Palestin. Yasmin Mogahed berkongsi mengenai karya tulisannya, dan turut memberi penekanan tentang menguatkan diri melalui kaedah pendekatan jiwa kepada Allah. Program ini sedikit sebanyak dapat memberi makanan rohani kepada para peserta dan sekaligus meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kita kepada yang Maha Pencipta.

Program berakhir pada jam 11.30 malam dan para peserta teruja dengan kesudian Yasmin Mogahed untuk beramah mesra bersama mereka dan peserta turut diberi peluang untuk bersalam dan bergambar bersama Yasmin Mogahed.

ym1

Ramai peserta daripada kalangan pelajar & pekerja yang hadir ke program tersebut.

ym

Yasmin Mogahed berkongsi tentang apa yang beliau nukilkan di dalam bukunya, ‘Reclaim your Heart’.

ym2

Antara adegan dalam persembahan short play daripada adik-adik Sekolah Islam Adni berkisarkan perjuangan kanak-kanak dan wanita di Palestin.

Leave a comment