WAMY National Youth Camp

6 & 7 April telah menjadi sejarah untuk 79 peserta WAMY National Camp menguji ketahanan mental & fizikal mereka di Teluk Segadas, Perak. Program yang julung-julung kali diadakan itu dikendali oleh Kelab WAMY Malaysia dan peserta merupakan wakil Kelab WAMY Malaysia daripada pelbagai universiti di Malaysia. WAMY National Camp dimulakan dengan aktiviti jalan kaki sejauh 3km & hiking. Di samping itu juga, fizikal mereka teruji lagi dengan aktiviti seperti tarik tali, “chicken fight” & gusti. Malamnya pula tidak reda begitu sahaja, dalam menikmati enaknya memasak BBQ, fizikal mereka juga teruji dengan aktiviti “night walk”.

Seiring dengan tema WAMY untuk membina keperibadian muslim yang sempurana, aspek spiritual juga amat dititikberatkan. Aktiviti seperti qiamulail & bacaan mathurat menjadi amalan. Bahkan peserta juga diberi hafazan hadith & menjadikan solat jemaah sebagai rutin ketika perkhemahan.

 

63454 527703577282139 1090982212 n

Peserta perempuan Kelab WAMY turut serta menguji ketahanan fizikal di WAMY National Camp.

547696 527708290615001 1849935199 n

Para peserta menenuaikan solat jemaah pada setiap waktu.

548923 527706167281880 239603399 n

Peserta diuji dengan diberi makanan mentah yang dimasak dengan kemudahan yang kurang.

564609 527704633948700 18669517 n

Peserta juga diajar untuk membina kemah sendiri.

edited

Presiden Kelab WAMY Malaysia memberi taklimat kepada para peserta.

Leave a comment