WAMY, PERMATA & Skuad Mubaligh Kukuhkan Kerjasama

Satu perjanjian persefahaman telah ditandangani oleh WAMY Malaysia bersama Skuad Mubaligh Islam dan Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran (PERMATA) pada 23 March 2014 di Klana Resort, Seremban. Perjanjian persefahaman tersebut telah ditandangani ketika berlangsungnya Seminar Tadabbur Al-Qur’an 2013. Dengan adanya perjanjian tersebut, adalah diharapkan gerak kerja dakwah antara persatuan-persatuan Islam akan bergerak lebih rancak dan bertenaga, dalam menyampaikan risalah dakwah Islam ke seluruh Malaysia.

Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai Skuad Mubaligh telah ditubuhkan pada 27 September 2011 dan selepas itu telah didaftarkan secara rasmi pada 18 Oktober 2011. Persatuan atau Angkatan ini merupakan hasil usaha telah diterajui oleh saudara Muhd Zamri Vinoth bersama-sama Muallaf-muallaf di Negeri Sembilan dimana beliau telah membuat pembentangan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Encik Kamal Amran. Skuad Mubaligh kemudiannya berkembang ke negeri lain Skuad Mubaligh juga telah didaftarkan sebagai Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia pada 8 Februari 2012.

PERMATA adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ianya telah didaftarkan pada 26 September 2001 dan telah mula beroperasi pada awal 2002. Kini bilangan ahli ialah 31 buah madrasah dari seluruh Malaysia. Bermula dengan Majlis Sekolah Tahfiz Kelantan yang ditubuhkan pada 18 Julai 1999, pertubuhan ini telah bertukar nama kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA).

k6

Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia bersama-sama wakil daripada PERMATA & Skuad Mubaligh menandatangani perjanjian persefahaman.

mou permata

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia, Ustaz Yaakub Wan Harun menandatangani MoU.

mou skuadmubaligh

 

Presiden Skuad Mubaligh, Muhd Zamri Vinoth juga menandatangani MoU.

Leave a comment