STAQ 2013 Melabuh Tirai

23 March 2013 merupakan tarikh keramat untuk kira-kira 300 peserta yang telah hadir ke Seminar Tadabbur Al-Qur’an yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Antara tetamu khas yang hadir ke STAQ 2013 adalah Ustaz Shahrin Awaludin, Pengerusi STAQ & Pengarah Ekesekutif WAMY Malaysia,  Dr. Hamid Yaqoob Al Foriah, Ahli Lembaga Penasihat Syariah WAMY, Arab Saudi. STAQ 2013 telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Abdullah Md. Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Seminar yang diadakan di Klana Resort, Seremban itu dihadiri daripada pelbagai institusi dan organisasi di seluruh Malaysia itu mencapai objektifnya untuk memupuk & menanamkan pentingnya konsep tadabbur Al-Qur’an disemai ke seluruh lapisan masyarakat terutama sekali sekolah. Ucaptama program telah disampaikan oleh Sheikh Dr. Abd Rahman Mohd Al-Balihi, Penasihat Agama Kedutaan Besar Arab Saudi – KL, diikuti oleh pembentangan Kertas Seminar 1 oleh Ustaz Hj. Abd. Muhaimin Mohammad Shahar An-Nadwi daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan pembentangan Kertas Seminar 2 oleh Prof. Madya  Dr. Adnan b. Mohamed Yusoff, Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM.

Satu perjanjian persefahaman (MoU) juga telah ditandangani ketika STAQ 2013, menandakan kerjasama antara WAMY Malaysia, Skuad Mubaligh & juga PERMATA. Seminar turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Nasyid SMKA Sheikh Hj Mohd Said dan pameran booth WAMY, Aqsa Syarif & jualan cupcake.

 

k

 

Seramai lebih 300 peserta daripada pelbagai institusi dan badan budan kerajaan telah hadir ke STAQ 2013.

k1

Ustaz Shahrin Awaludin bersama dengan dif-dif kehormat STAQ 2013.

k5

Prof. Madya  Dr. Adnan b. Mohamed Yusoff, Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM membentangkan kertas kerja bertajuk Metodologi Terbaik Tadabbur Al-Qur’an di Malaysia

k7

Tuan Hj. Abdullah Md. Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM merasmikan STAQ 2013

k6

Sesi menandatangani perjanjian persefahaman bersama Skuad Mubaligh & PERMATA.

k8

Tetamu kehormat Dr. Hamid Yaqoob Al Foriah dan Sheikh Dr. Abd Rahman Mohd Al-Balihi melawat salah satu pameran Palestin Aqsa Syarif.

k3

Persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid SMKA Sheikh Hj Mohd Said.

 

Leave a comment