Perjumpaan bersama Skuad Mubaligh

skuad

 

Pada 14 March, Khamis, telah diadakan satu perjumpuaan bersama Skuad Mubaligh bersama Pengerusi Eksekutif WAMY Malaysia, Ustaz Shahrin Awaluddin. Perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh wakil Skuad Mubaligh, Zamri Vinot bin Abdullah. Antara perkara yang dibincangkan di dalam perjumpaan itu adalah:

1) Membincangkan ruang kerjasama yang boleh dibuat antara pihak WAMY dan SKUAD.

 
2) Bersetuju untuk menandatangani MoU bersama semasa program STAQ.
 
3) Cadangan kerjasama dari skuad adalah seperti berikut:-
    – mewujudkan call centre untuk memberi info Islam kepada masyarakat serta menerima panggilan dari masyarakat non-muslim
    – skuad mempunyai tenaga kerja yang ramai untuk menggerakkan dakwah, WAMY boleh bekerjasama dari segi bantuan dana.
    – sukarelawan skuad boleh digunakan untuk program-program tertentu
 
4) Urusan pemindahan pejabat skuad mubaligh dari Pusat Dakwah Negeri Sembilan ke pejabat sendiri. skuad memohon kerjasama dari WAMY untuk menyumbang dari sudut kewangan bagi menampung sebahagian kos perpindahan tersebut

Leave a comment