Bengkel Penyelarasan Draf Pelan Tindakan Dakwah Negara

iel intekma

 

Tarikh:   13-15 Februari 2013/ 2-4 Rabiul Akhir 1434 H

Tempat: Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam Selangor

 

Program anjuran Bahagian Dakwah JAKIM ini bertujuan untuk memantapkan tadbir urus hal ehwal islam negara yang akan melahirkan Dasar Dakwah Negara sebagai asas rujukan di semua peringkat Jabatan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan yang bergerak di atas platform institusi atau organisasi dakwah di seluruh Malaysia. Ia dihadiri oleh pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia, wakil dari TV Al-Hijrah, wakil dari Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) & wakil dari pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) islam iaitu World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Pertubuhsn Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN). Majlis perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM Tuan Haji Razali Bin Haji Shahabudin.

 

Objektif:

  1.Memastikan Pelan Tindakan Dakwah Negara (PTDN) diwujudkan secara dokumentasi.

  2.Mewujudkan aliran proses kerja dakwah yang jelas, focus & sistematik.

  3.Menyelaraskan pengurusan gerak kerja dakwah di Malaysi

  4.Mempertingkatkan gerak kerja dakwah sebagai pemangkin kepada transformasi Negara

 

5 agenda Transformasi Pelan Tindakan Dakwah Negara:

  1.Memperkukuhkan akidah ummah melalui pembudayaan ilmu & pentarbiyahan yang komprehensif dan berkesan

  2.Memnatap ekonomi ummah melalui penerokaan & jaringan perkongsian pintar di peringkat tempatan, serantau & antarabangsa

  3.Memperkasa pengurusan islam melalui pemantapan daya profesionalisme & pembudayaan penyelidikan yang mampan

  4.Memartabat kefahaman & penghayatan islam melalui pemerkasaan system& komunikasi yang inovatif & efektif

  5.Memperkukuhkan institusi kekeluargaan melalui pemantapan kualiti & integrity setiap individu dalam keluarga

Leave a comment