Mesyuarat Gabungan NGO Islam (ACCIN)

Mesyuarat bulanan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, atau lebih dikenali sebagai ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs) telah diadakan di Bangunan PERKIM pada hari Sabtu, 9 Februari 2013. WAMY telah diwakili oleh Eksekutif Dakwah & Ta’lim, Hafiz Rusdi & Eksekutif Media & Dakwah, Muhammad Zahid Zuhri untuk menghadiri mesyuarat itu.

ACCIN bertindak untuk memimpin isu-isu Islam dan hubungan antara agama sekaligus menyampaikan dakwah dan persefahaman antara masyarakat. Ia dianggotai oleh pelbagai pertubuhan Islam bukan kerajaan di seluruh Malaysia, antaranya PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia), MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera), WAMY (World Assembly of Muslim Youth) dan Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia).

DSC 0336

Datuk Pengerusi ACCIN, Datuk Zainal Abidin Abd Kadir daripada PERKIM mengendali mesyuarat.

 

DSC 0341

accin

Antara wakil NGO yang hadir dalam mesyuarat ACCIN.

 

Leave a comment