Persidangan Mahasiswa Sarawak 2012

Hotel Sri Malaysia, Genting Higland menjadi tempat pertemuan mahasiswa Sarawak ke  Persidangan Mahasiswa Sarawak 2012, PERMISA. 2012 Program anjuran bersama HIKMAH Wilayah Persekutuan, WAMY & HIKMAH Pusat itu dihadiri seramai 37 orang peserta yang datang daripada pelbagai universiti, antaranya UKM, UM, UiTM dan KUIS. 

Program tersebut bermatlamat untuk memberi pendedahan dan pemahaman secara intensif mengenai proses pembentukan Muslim Profesional disamping menjadi medium untuk mewujudkan kerjasama antara mahasiswa Sarawak dan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dengan HIKMAH Wilayah Persekutuan. Pada akhir persidangan, satu resolusi telah dihasilkan. Antara resolusi tersebut adalah pentingnya untuk memantapkan Mahasiswa Islam Sarawak dengan kemahiran memimpin disamping menggiatkan anjuran program berunsur dakwah dan perlaksanaan aktiviti usrah dikalangan Mahasiswa Sarawak.

 

pemisar1

 Saudara Riziandy Nawawi, wakil HIKMAH Wilayah Persekutuan menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia, Ustaz Shahrin Awalaudin.

 

pemisar3

PERMISA juga dihadiri oleh Pengerusi HIKMAH Wilayah Persekutuan, Prof. Dato’ Abang Abdullah Abang Ali (dua dari kanan) dan  Peguam Kanan Persekutuan Malaysia, Tuan Awg Armadajaya Bin Pengeran Mahmud (kanan).

 

pemisar4

 Antara para peserta PERMISA 2012 yang khusyuk mendengar penyampaian.

 

Leave a comment