Bengkel Perancangan Aktiviti WAMY 1434H

Kelab WAMY Malaysia dan staff WAMY Malaysia dan staff WAMY Malaysia telah dipertemukan pada 1 hingga 3 Februari 2013 lepas di Bagan Lalang Beach Resort dalam Bengkel Perancangan Aktiviti WAMY 1434H. Ahli kabinet Kelab WAMY Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Kelab WAMY Malaysia, Ahmad Fadzil Ahmad Suhaili membincangkan tentang pelbagai program yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan menyiapkan kertas kerja untuk setiap program.

Para staff WAMY Malaysia, yang dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif WAMY, Ustaz Shahrin Awalaudin juga membincangkan pelbagai program yang akan diadakan oleh pejabat WAMY pada tahun ini. Dalam bengkel berkenaan, ahli kabinet Kelab WAMY Malaysia telah berkongsi antara program yang akan diadakan dengan staff. Ustaz Shahrin juga menyampaikan amanat beliau kepada ahli kelab, dan memberi suntikan motivasi kepada mereka untuk terus giat berdakwah.

 

IMG 5795

Ustaz Shahrin Awaludin, Pengarah Eksekutif WAMY berseloroh sambil memberi input & motivasi kepada ahli kabinet Kelab WAMY Malaysia.

 

IMG 5789

Antara ahli kabinet perempuan Kelab WAMY Malaysia yang menyertai bengkel.

 

IMG 5780

 Presiden Kelab WAMY Malaysia mengendali sesi bengkel.

  

IMG 5925

Ustaz Shahrin Awaludin mempengerusikan perbincangan bersama staff WAMY Malaysia.

 

Leave a comment