Youth Outdoor Quest 2013

Ramai pelajar university yang akan pulang ke kampong halaman apabila tamat semester. Namun, pada 13 hingga 16 Januari 2013 yang lepas, seramai 113 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa telah mengorbankan masa cuti mereka untuk menghadiri Youth Outdoor Quest, di Impiana Country Resort, Hulu Langat. Program outdoor yang bertemakan ‘Ku pikul dakwah, ku bina kepimpinan’ yang telah dihadiri oleh 36 peserta lelaki dan 86 peserta perempuan ternyata menguji daya fizikal para peserta dengan aktiviti jungle trekking dan memanah. Bukan itu sahaja, peserta juga didedahkan dengan skill survival dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam treasure hunt.

 

AZR 0322

Salah seorang peserta Youth Outdoor Quest 2013 mencuba aktiviti memanah.

Di samping itu, aspek spiritual para peserta juga diisi dengan slot Keindahan Bersamamu. Mereka juga turut melakukakan aktiviti kemasyarakatan. Youth Outdoor Quest ternyata bukan sahaja memupuk kepimpinan dalam diri pesertta, malah kemahiran untuk berdakwah dan bersama dengan masyarakat sekeliling.

 

DSC 0041

Para mahasiswi UIAM yang turut sama menghadiri Youth Outdoor Quest 2013

 

community services

Peserta tidak lupa untuk mempraktikkan segala yang dipelajari dalam bentuk amal dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan.

 

DSC 0016

Para peserta sedang menyanyikan lagu tema Youth Outdoor Quest 2013

Leave a comment