Teater Tangisan Pasir Salak

Pada15 Disember yang lepas, Kelab WAMY Malaysia telah menganjurkan Teater ‘Tangisan Pasir Salak’, bertempat di Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi Petronas Perak. Barisan pelakon dan krew teater yang terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah didatangkan khas ke Perak untuk mempersembahkan teater sarat dengan mesej dan nilai-nilai murni, memupuk sikap pratiotisme di dalam diri penonton.
 

pasirsalak website1

 

 
Teater yang bertemakan sejarah ini mengisahkan kejayaan perjuangan orang Melayu di Pasir Salak menentang cubaan British untuk menjajah negeri Perak pada tahun 1874. Kedatangan Residen J.W.W. Birch ke Pasir Salak telah ditentang oleh penduduk kampung yang berakhir dengan pembunuhan Residen British itu. Penduduk kampung diketuai oleh Penghulu Pasir Salak bernama Dato Maharaja Lela. Saksikan sedutan gambar Teater ‘Tangisan Pasir Salak’.

pasirsalak website3

pasirsalak website2

Leave a comment