Konvoi Belia HIKMAH 2012

Pada 15 – 18 November 2012 / 1 – 4 Muharram 1434H Konvoi Belia HIKMAH 2012 yang julung kali diadakan oleh pihak HIKMAH. Program kerjasama HIKMAH dengan World  Assembly Of Muslim Youth (WAMY), Tabung Baitulmal Sarawak dan pihak JAKIM Cawangan Sarawak. Konvoi selama 4 hari ini telah menghimpunkan seramai 40 peserta di kalangan belia sekitar Kuching, Kota Samarahan dan tidak ketinggalan beberapa orang peserta dari pedalaman iaitu dari Kampung Ensebang Jaya, Serian, Kampung Senah Rudan, Padawan dan dari Sri Aman.

Dengan tema Bermusafir dan Mentafsir Keindahan Alam, peserta dari Kuching memulakan langkah seawal 8.00 pagi mengembara ke destinasi pertama iaitu Dewan HIKMAH Serian yang juga merupakan lokasi berkumpul semua peserta. Upacara perasmian Konvoi Belia HIKMAH 2012 dirasmikan oleh Dr Morni Bin Samad, Pengerusi HIKMAH Kota Samarahan merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH.

 

Konvoi Belia HIKMAH 20121

 

perasmian konvoi

 

Konvoi Belia HIKMAH 20124

 

Konvoi Belia HIKMAH 20123

 

Konvoi Belia HIKMAH 20122

 

Leave a comment