Seminar Tadabbur Al-Quran & Pelancaran Baitul Quran

Adalah menjadi harapan WAMY bahawaseminar ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan al-Quran di seluruh negara. Secara khususnya tujuan Seminar pada kali ini bolehlah dirumuskan seperti berikut :

  • Membincangkan konsep dan kepentingan tadabbur al-Quran dalam manhaj pendidikan di Malaysia
  • Membincangkan kaedah dan disiplin tadabbur al-Quran
  • Merangka konsep dan strategi pendidikan tadabbur al-Quran di masjid, sekolah, maahad tahfiz dan institut pengajian tinggi.

Di samping itu Majlis Pelancaran Baitul Quran pula diselitkan dalam program ini bagi memperkenalkan satu lagi pusat kegiatan WAMY bertempat di Senawang, Seremban yang mana bermatlamatkan menjadi pusat yang dapat menyediakan pusat pendidikan yang berteraskan AL-Quran.

Akhir kalam, program ini dilihat berjalan dengan lancer dan mencapai matlamat utamanya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya pemahaman tadabbur Al-Quran dalam melahirkan generasi yang memahami Islam dalam ertikata sebenarnya.

 

IMG 6043

IMG 6098

IMG 6101

IMG 6105

IMG 6153

IMG 6159

IMG 6163

IMG 6177

IMG 6184

IMG 6193

Leave a comment