Teater Muzikal SEDAR 2012

Pada 28 April 2012 yang lepas, Kelab WAMY Malaysia telah mementaskan sebuah teater di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Teater ini hasil daripada WAMY Teater Production dengan kerjasama Kelab Sahabat Masjid (KSM) UPNM sempena dengan Minggu Pengahayatan Islam UPNM kali pertama.

Teater Muzikal SEDAR 20121

Melalui teater ini kami tampilkan realiti masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Ia dipentaskan untuk memberikan kesedaran tentang masalah yang melanda dan gambaran realiti masyarakat.

Teater Muzikal SEDAR 20122

Bertitik-tolak daripada percubaan eksperimental, kami telah mengolah semula skrip asal Teater SEDAR tulisan Cikgu Rashidi Abdul Kharis dengan unsur-unsur lebih islami dan membawa tema kesedaran dan perjuangan dalam menghadapi gelombang hidup. Ada sebelas kisah yang cuba digarapkan dalam teater ini yang masing-masing membawa persoalan-persoalan yang harus kita fikirkan bersama.

Teater ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang membuka kedai makan,di mana setiap hari mereka berdua menerima pelbagai ragam pelanggan-pelanggan mereka.Mereka berkongsi cerita, meluah rasa dan mencari solusi tentang persoalan-persoalan mereka yang tersendiri. Disamping itu, ia juga menceritakan tentang ketidakpastian perjalanan kerjaya, makna kebahagiaan hidup dan bekalan untuk persiapan menghadapi masa depan.

Teater Muzikal SEDAR 20123

Hasil daripada Teater ini, penonton dapat membangun jiwa dan menggugah minda tentang persoalan kekeluargaan, kecelaruan identiti, integriti dan maruah manusia.

Teater SEDAR ini disediakan khas bagi individu yang mahu mencari inspirasi dan kekuatan dalam mencari makna hidup dirinya berlandaskan kepada norma kehidupan sebagai manusia yang sebenar,punyai kekuatan untuk melihat kisah silam yang berlaku, cuba memahami tanpa menghukum dan mengubah paradigma tentang perspektif kehidupan.

 

Teater Muzikal SEDAR 20125

Leave a comment