Remaja Raikan Ramadhan (3R) IKRAMTeens Seremban

Program telah dimulakan dengan aktiviti ‘ice breaking’ dan disambung dengan forum. Ahli panelist merupakan bekas pelajar-pelajar luar negara dan mereka menceritakan suasana Ramadan dan Syawal di tempat mereka belajar iaitu di Rusia, Kanada dan Korea. Ahli panelist juga telah berkongsi tips-tips belajar kepada adik-adik yang hadir.

Di sebelah petang pula, Imam Muda Aran telah menyampaikan sebuah ceramah tentang cara untuk sukses dalam bulah Ramadan. Diantara pengisiannya ialah mengenai persiapan-persiapan bagi menghadapi bulan ramadhan serta bagaimana menghayati bulan ini sepenuhnya.

Program ini ditutup dengan satu tayangan video mengenai program-program remaja yang lepas serta penyampaian hadiah kepada peserta terbaik sepanjang program berlangsung. Program tamat pada jam 6.00petang dan peserta-peserta mula bersurai.Wallahu’alam.

3R IKRAMTeens Seremban1

3R IKRAMTeens Seremban2

3R IKRAMTeens Seremban4

3R IKRAMTeens Seremban5

3R IKRAMTeens Seremban3

Leave a comment