Program Qurban WAMY 1430H

Majlis Ibadah Qurban anjuran World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia, telah diadakan pada 18 November 2010 (Khamis) bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Bandar Melawati. Program ini adalah anjuran WAMY Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Gombak, ABIM Outreach dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

8 ekor lemba telah disembelih pada pagi itu dan seekor lembu dimasak untuk jamuan tengahari itu. Kira-kira 80 orang sukarelawan di kalangan belia dan pelajar dalam dan luar negara telah terlibat membantu menjayakan program qurban ini.

Objektif program ini ialah:

1. Menghayati ibadah qurban di kalangan peserta

2. Menjayakan ibadah qurban di kalangan belia dan pelajar, saudara baru, dan masyarakat.

3. Membantu fakir miskin

Program bermula seawal 8 pagi dengan penyembelihan lembu sehingga proses melapah dan dibungkus untuk diagihkan kepada orang ramai. Setelah itu, jamuan telah diadakan bagi orang ramai yang hadir ke majlis tersebut.

Kemudian, majlis telah dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran dan tazkirah oleh belia luar negara. Seterusnya, ucapan Pengarah Program, Saudara Abdul Fatah Nordin, kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah WAMY Malaysia, Ustaz Shahrin Awaludin. Kemudian majlis telah dirasmikan oleh ADUN Hulu Klang, YB Saari Sungib. Seterusnya, majlis agihan daging qurban telah diadakan. Penerima-penerima daging qurban terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan komuniti iaitu terdiri daripada komuniti dalam Negara, negara luar seperti Somalia, Sri Lanka, Nigeria, Palestin, Rohingya, Yaman, China, Indonesia, Thailand dan orang miskin. Program telah berakhir kira-kira jam 1 petang.

Leave a comment