Muktamar Pemuda IKRAM Pahang

Pada 10 Jun 2012 yang lalu, satu program Muktamar Pemuda Ikram Pahang telah dijalankan di dewan Sri Meranti, Hotel Sri Manja Kuantan di bawah anjuran Pertubuhan Ikram Pahang dan WAMY Malaysia. Program ini bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang. Penyertaan program ini seramai 180 orang yang terdiri daripada golongan belia di bawah Pertubuhan Ikram Pahang.

Objektif program ini adalah untuk mengumpulkan pendakwah dari kalangan lelaki dan perempuan dalam satu majlis untuk saling mengenali, membangkitkan kesedaran peserta akan kebangkitan ummah dan memperkenalkan jalur- jalur Ikram kepada peserta.

Program bermula pada jam 8 pagi dengan kata- kata aluan daripada Tuan Pengerusi Majlis dan diikuti dengan bacaan ayat suci al- Quran dan terjemahannya. Muktamar diteruskan dengan kata- kata aluan dan perasmian oleh Encik Suhaimi Mohd Aripin. Dua slot disampaikan pada sebelah pagi iaitu ‘Berita Kemenangan Islam’ oleh Encik Syed Ibrahim dan ‘Faktor- faktor Kemenangan Islam’ oleh Haji Nahar Md Nor. Slot ketiga dan keempat iaitu ‘Peranan Pemuda Ikram dalam Kebangkitan Islam’ yang disampaikan oleh Encik Shahrul Aman Mohd Saari dan ‘What is Next?’ oleh Encik Mohd Rizza Othman telah berlangsung pada sebelah petangnya.

 

Muktamar Pemuda IKRAM Pahang1

 

Muktamar Pemuda IKRAM Pahang2

 

Muktamar Pemuda IKRAM Pahang 5

 

Muktamar Pemuda IKRAM Pahang3

 

Leave a comment