MUKIM 2012

WAMY Malaysia telah menganjurkan Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM 2012) pada 5 Mei 2012 (Sabtu) di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, buat kali yang pertama. Majlis dirasmikan oleh Mohd Erfino bin Johari (Pegawai Khas kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Penyertaan MUKIM 2012 disertai oleh pemimpin mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), aktivis persatuan belia Islam & pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jumlah peserta yang hadir seramai 688 orang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

MUKIM 20121

Objektif  MUKIM2012

  1. Menjelaskan ciri-ciri kepemimpinan belia Islam dari perspektif sirah Rasulullah dan sejarah kegemilangan Islam.
  2. Mengenal pasti keperluan-keperluan asas dalam membina kepemimpinan belia  Islam.
  3. Merangka konsep dan mekanisma jaringan kepemimpinan belia Islam masa kini.

MUKIM 20122

Topik Yang Di Bincangkan

  • Ke Arah Memperkasakan Kepemimpinan Belia Islam di Malaysia
  • Kepemimpinan Ideal: Iktibar Sirah Nabawiyah
  • Memahami Islam dan Kepemimpinan Belia
  • Prospek dan Cabaran Kepemimpinan Belia Masa Kini

Penceramah

Y.Bhg. Ust Alias Othman
(Mantan Dekan Akademi Pengajian Islam, UM)

Dr. Saeed Ahmad Al-Uwaisy
(Musyrif Am WAMY Arab Saudi)

Datuk Nik Mustapha Nik Hassan
(Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia)

MUKIM 20123

MUKIM 20124

Sidang Pleno:

Prof Dato’ Abang Abdullah Abang Ali
(Pengerusi Majlis Istisyari WAMY Malaysia)

Dr. Zaharudin Abd. Rahman
(Pensyarah Kanan, Kuliah Ekonomi, UIAM)

Prof. Madya Dr. Harlina Harliza Siraj
(Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, UKM)

Ust H. Aang Suandi
(Pengarah Eksekutif WAMY Indonesia)

MUKIM 20125

Hasil dari Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia MUKIM 2012

Penganjur MUKIM 2012 mendapat maklumbalas positif daripada semua peserta yang hadir iaitu ia dapat meningkatkan kefahaman tentang peranan yang harus dimainkan oleh golongan belia sebagai pemangkin kepada agenda transformasi negara dan ummah dan penganjuran MUKIM diteruskan pada tahun hadapan.

MUKIM 20126

MUKIM 20127

Leave a comment