Mukhayyam Kepimpinan Belia

Program : Mukhayyam Kepimpinan Belia
Tempat   : Kem Rimba Tamu, Batang Kali
Tarikh     : 25-27 November 2011 / 29 Zulhijjah 1432 – 1 Muharram 1433

Program ini ialah anjuran IKRAM daerah Subang Jaya dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth(WAMY) yang diadakan di Kem Rimba Tamu, Batang Kali melibatkan 25 orang peserta & 7 orang fasilitator. Ucapan pembukaan disampaikan oleh pengarah program iaitu Akh Ahmad Nizam Samsudin seterusnya menjelaskan objektif perlaksanaan program ini. Antara objektif program ialah:

  1. Mengeratkan hubungan ukhuwah Islamiah
  2. Melahirkan individu muslim yang menghargai & peka tentang ketepatan masa
  3. Menginsafi diri peserta dengan menghayati keindahan alam ciptaan Allah
  4. Melahirkan ahli yang seimbang daya pimpinan, perhubungan sosial & kecergasan fizikal

Semua peserta berkumpul di Masjid Imam Al-Ghazali Manjalara pada 25 November 2011 dan keesokan harinya menuju ke tapak kem. Pembahagian kumpulan dibuat & pemasangan khemah dilakukan oleh kumpulan masing- masing. Acara diteruskan dengan menguji tahap kecekapan & kebolehan peserta menyediakan makanan tengah hari menggunakan kayu api. Kerjasama & kretiviti setiap ahli kumpulan amat penting  kerana masa yang diperuntukkan terhad. Selain itu, beberapa slot kerohanian beberapa orang tokoh sahabat seperti Said bin Amir Al-Jumaihy, Anas bin Malik dan tokoh Umar Tilmisani menjadi contoh ikutan.  Aktiviti  yang dilaksanakan untuk mengukur kebolehan fizikal dan memupuk semangat kerjasama dalam menghadapi rintangan dan cabaran seperti  ‘Halangan’, ‘War Game’ dan ‘Jungle Tracking’.

Acara penutup disempurnakan oleh YDP IKRAM Subang Jaya, Ustaz Hajar Opir. Beliau menyentuh tentang program yang dilaksanakan adalah merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang penting untuk menyediakan kader-kader dakwah yang akan bergerak dalam medan seterusnya beliau mengucapkan  rasa syukur pada Allah swt dan berterima kasih kepada peserta dan penggerak yang memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan program  ini.

Mukhayyam Kepimpinan Belia1

Mukhayyam Kepimpinan Belia2

Mukhayyam Kepimpinan Belia3

Leave a comment