Camping: Youth Leadership Training

Para pelajar indonesia di Malaysia kembali mengadakan mukhayyam yang diadakan di Gunung Nuang Hulu Langat Selangor dengan diikuti oleh pelajar Indonesia dari seluruh penjuru Malaysia, baik yang berdomisili di wilayah utara malaysia, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Serawak bahkan termasuk Singapura.

Pada hari Jumaat iaitu 30 julai 2010 sekitar pukul 11 malam, acara pembukaan Mukhayyam dimulai di dalam dewan utama Lubok Manggis. Acara dibuka oleh pembawa acara, dilanjutkan dengan tilawah al-Quran oleh Ustaz Zulkarim, dan sambutan Panitia Pengarah. Pesanan khusus yang diberikan Panitia Pengarah ialah bahawa mukhayyam ini mesti ada unsur-unsur perjuangan dan pengorbanan, seperti  pengorbanan orang kaya adalah pada hartanya, orang shalat adalah pada jiwa raganya dan orang menunaikan haji adalah pada jiwa dan hartanya. Inilah yang mesti dihayati oleh peserta mukhayyam.

Setelah pembukaan, maka pemegang bijaksana Mukhayyam diserahkan kepada Mudarrib yang bernama Ust Masyudi. Ust Masyudi mengatakan bahawa Mukhayyam tahun ini adalah Mukhayyam Ceria, tidak seperti tahun-tahun dahulu yang identik dengan latihan fizikal yang cukup berat.

Keesokan harinya iaitu pada 31/7/2010, pelbagai permainan yang mendidik diberikan mudarrib kepada seluruh peserta. Contohnya, pertama, game ukhuwah di mana semua peserta mesti menyuapkan 1 pinggan nasi lemak kepada pasangannya, kedua, game komando di mana semua peserta mesti melakukan perintah mudarrib tanpa ada kesalahan, dan seterusnya game mencari pasangan, game pecah balon dan lain-lain.

Setelah pelbagai game selesai, dilanjutkan dengan jungle tracking ke Gunung Nuang. Peserta pun menginap di Gunung tersebut tepatnya di Kem Lolo meskipun suasana malam saat itu hujan tidak berhenti. Pagi harinya seluruh peserta kembali ke Lubok Manggis dan Long March.

Meskipun mukhayyam ini nampak tertumpu pada latihan fizikal, namun dari segi ruhiyah tidak diabaikan. Semua peserta mesti melaksanakan qiyamulail dan mengkhatamkan 1 juzu’ al-qur’an setiap hari. Dengan perkara ini diharapkan seluruh peserta menjadi kader dakwah yang kuat dan cergas di masa akan datang.

Leave a comment