Mukhayyam Cinta Ilahi Cintai Diri

Mukhayyam Cinta Ilahi Cintai Diri telah berlangsung dengan jayanya di Kem PULAPES, Bukit Jugra dan Banting. Program ini diadakan khas untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pelajar SMK Sg Pusu pada 23-25 Julai 2010. Jumlah peserta yang mengikuti program ini adalah seramai 92 orang.

Objektif utama Mukhayyam ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada Ilahi. Cinta Ilahi adalah satu manifestasi perhambaan dengan menurut arahan dan melaksanakan perintah Yang Maha Agung tanpa penolakan dan pengingkaran. Kemanisan iman akan hanya dirasai apabila Allah dan Rasul menjadi yang paling dicintai.

Bertitik tolak dari rasa penghambaan inilah, SMK Sg Pusu bekerjasama dengan WAMY dan juga Pusat Zakat Selangor dalam mengadakan satu program “Cinta Ilahi Cintai Diri” sebagai satu  langkah awal membina iman dan taqwa. Para peserta ini terdiri daripada putera puteri Asrama SMK Sungai Pusu yang bakal  merealisasikan slogan “Kami Pemimpin Terbilang pada diri, keluarga, sahabat dan masyarakat “

Antara aktiviti ceramah yang diadakan adalah Zero To Hero, Cogita Differenter, Cinta Ilahi Cintai Diri, dan Menjadi Muslim Super. Aktiviti lain seperti Mafia Wars yang diadaptasi daripada War Game turut diperkenalkan dalam program ini untuk melatih kepandaian setiap kumpulan dalam menyusun strategi menghadapi pihak musuh. Selain itu, kami juga turut mengadakan night walk di kawasan bukit yang dibantu oleh pihak pengurusan kem.

Harapan para pelaksana program ini adalah semoga para peserta akan mengikuti mukhayyam seperti ini pada masa akan datang dan selepas tamatnya program ini para peserta pulang ke destinasi masing-masing dapat mempraktikan segala ilmu yang diperoleh sepanjang mukhayyam ini.

Leave a comment