Baitul Quran WAMY (Seremban)

Perancangan penubuhan Baitul Quran diilhamkan pada awal tahun 1433H dan telah berjalan secara rasminya pada 1 Jamadil Akhir 1433 (23 Februari 2012). Baitul Quran adalah hasil kerjasama tiga organisasi iaitu antara WAMY , IKRAM dan MaahadTahfiz As-Sa’idiyah. Bangunan Baitul Quran terletak di bangunan tambahan, Surau Al-Amin, Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban Negeri Sembilan. Ruangan bangunan terdiri dari 1 bilik pejabat, 1 bilik seminar dan 3 kelas halaqah Al-Quran. Ustaz Suhaimi bin Kassim dilantik menjadi mudir Baitul Quran yang pertama. Institusi ini … Read more

Mukhayyam Cinta Ilahi Cintai Diri

Mukhayyam Cinta Ilahi Cintai Diri telah berlangsung dengan jayanya di Kem PULAPES, Bukit Jugra dan Banting. Program ini diadakan khas untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pelajar SMK Sg Pusu pada 23-25 Julai 2010. Jumlah peserta yang mengikuti program ini adalah seramai 92 orang. Objektif utama Mukhayyam ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada Ilahi. Cinta Ilahi adalah satu manifestasi perhambaan dengan menurut arahan dan melaksanakan perintah Yang Maha Agung tanpa penolakan dan pengingkaran. Kemanisan iman akan hanya dirasai … Read more