Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia Sabah 2014

mukimsabah2-webposter1-01

Muktamar ini bertujuan untuk mengumpulkan belia-belia Islam khususnya dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Ia juga bakal menjadi satu forum perbincangan bagi semua pihak yang terlibat dengan belia Islam di pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada penggubal dasar, pentadbir, aktivis belia, pensyarah dan mahasiswa.

Adalah menjadi harapan WAMY bahawa muktamar ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti kepemimpinan belia Islam di seluruh negara. Secara khususnya tujuan Muktamar pada tahun ini bolehlah dirumuskan seperti berikut :

• Memperkukuhkan kefahaman Islam sebagai Ad-Deen sebagai ciri asas kepemimpinan belia Islam.
• Membincangkan sistem-sistem teras pembangunan Islam seperti pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan.
• Merangka konsep dan agenda dakwah belia Islam masa kini dan akan datang.

[alert type=alert-red ]PENDAFTARAN PERCUMA[/alert]

Pendaftaran telah ditutup.

mukimsabah2-weblogo-01

Leave a comment