MUKIM Sarawak

Alhamdulillah, program MUKIM Sarawak – II berjaya dijalankan pada 27 September 2014. Hasrat WAMY untuk membawa program ini kembali ke Sarawak berjaya direalisasikan.

Program kali ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UNIMAS, Harakah Islamiah (HIKMAH) serta beberapa wakil daripada NGO-NGO Islam yang lain. Ucaptama program ini bertajuk “Membangun Jati Diri Belia Islam Sarawak” telah disampaikan oleh YBhg Dr Abdul Halim sebagai wakil kepada YB Dato’ Fadillah Hj Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Pengisian program ini antara lain meliputi perbincangan dalam pembentangan kertas kerja mengenai tema pemuda dan pendidiakan, belia dan ekonomi serta belia dan agenda dakwah.

Semoga apa yang diperolehi dapat diamalkan dan dimanfaatkan kepada untuk membawa kebaikan kepada ummah dan negara.

Leave a comment