Multaqa Antarabangsa WAMY: ‘Perintis Kemajuan’

Pada 22 Mac 2013 lepas, WAMY Malaysia telah menghantar wakil untuk menghadiri Multaq Al-Shabab Al-‘Alamiy Ke-2 di Tanzania, Afrika, Program yang bertemakan “Ruwwad Al-Tanmiyah”, bermaksude “Perintis Kemajuan” itu diadakan selama 7 hari. Peserta transit ke Bangkok, Ethiopia dan akhirnya tiba di Tanzania pada hari Sabtu.Program dengan rasminya bermula pada hari Ahad dan dimulakan dengan sesi taklimat. Peserta daripada pelbagai negara daripada Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara berkumpul dan beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga dibekalkan dengan kit program, termasuklah Al-Quran bersaiz poket.

Program kemudiannya dimulakan oleh Pengarah Program Multaqa daripada WAMY dan ucapan khas daripada Pengerusi dan Ketua Manlis Ulama’ Negara Tanzania. Antara acara menarik ketika Multaqa adalah perbincangan tentang projek dan usaha untuk membantu masyarakat, sesuai dengan konteks dan pemikiran masyarakat di samping menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

Di samping itu juga, aktiviti sosial bersama beramah mesra dan membantu masyarakat kampung juga diadakan. Kira-kira 50 orang penduduk kampung fakir miskin menerima sekilo kambing untuk setiap seorang disamping menerima sejumlah wang. Para peserta juga berpeluang untuk bersiar siar dan menikmati keindahan budaya di sana dan melawat pelbagai tempat menarik seperti pasar di tengan Bandar Zanzibar.

 

IMG 2185

 

Wakil WAMY Malaysia berpeluang untuk menikmati keindahan budaya di Tanzania & berkunjung di Karibu Zanzibar.

bersama haiah ulama tanzania

Mohamad Kharizul bersama dengan Haiah Ulama Tanzania.

misi bantuan miskin

Saudara Mohamad Kharizul bersama beramah mesra & menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin di Tanzania.

Leave a comment