Mesyuarat pertama berkenaan dengan Seminar Tadabbur Al-Quran (STAQ 2013) bersama dengan wakli daripada jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif, Ustaz Shahrin Awaluddin, Prof. Musa Ahmad, Presiden PERMATA, En. Darmadi Zulkifly daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mohd Shah Awaluddin daripada MTAS, dan Abdul Halim daripada IKRAM.
Mesyuarat membentangkan kertas kerja STAQ 2013 yang akan diadakan pada bulan depan. STAQ 2013 daidakan bertujuan untuk membincangakn konsep kepentingan tadabuur al-Quran sekaligus merangka konsep dan strategi pendidikan tadabbur al-Qur’an di masjid, sekolah, maahad tahfiz dan institut pengajian tinggi.
Mesyuarat pertama STAQ 2013 yang diadakan di Hotel Klana Resort, Seremban, bersama wakil badan bukan kerajaan dan wakil daripada jabatan kerajaan.