Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM2012) Sarawak

MUKIM-Sarawak

Sabtu, 1 Disember 2012: Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) 2012 anjuran bersama World Assembly of Youth Muslim (WAMY) dan HIKMAH serta kerjasama bersama dengan beberapa NGO lain iaitu Majlis Islam Sarawak, IKRAM, ABIM, Perkepis dan Islamic Information Centre telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium IIC . MUKIM selama 2 hari tersebut dihadiri seramai 300 peserta dari UNIMAS, UITM, Institut Perguruan serta Jabatan telah bermula pada 1 Disember hingga 2 Disember 2012 dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Hj Abd Aziz bin Dato hj Husain, YDP HIKMAH. Dalam ucapan Majlis Perasmian, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Hj Abd Aziz bin Dato hj Husain telah bersetuju agar penganjuran MUKIM diteruskan setiap tahun untuk memupuk semangat kerjasama yang lebh erat lagi di kalangan NGO-NGO islam yang ada di Sarawak. Saksikan sedutan video MUKIM Sarawak 2012 di bawah.

 

 

 

Leave a comment