Adalah menjadi harapan WAMY bahawaseminar ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan al-Quran di seluruh negara. Secara khususnya tujuan Seminar pada kali ini bolehlah dirumuskan seperti berikut :
- Membincangkan konsep dan kepentingan tadabbur al-Quran dalam manhaj pendidikan di Malaysia
- Membincangkan kaedah dan disiplin tadabbur al-Quran
- Merangka konsep dan strategi pendidikan tadabbur al-Quran di masjid, sekolah, maahad tahfiz dan institut pengajian tinggi.
Di samping itu Majlis Pelancaran Baitul Quran pula diselitkan dalam program ini bagi memperkenalkan satu lagi pusat kegiatan WAMY bertempat di Senawang, Seremban yang mana bermatlamatkan menjadi pusat yang dapat menyediakan pusat pendidikan yang berteraskan AL-Quran.
Akhir kalam, program ini dilihat berjalan dengan lancer dan mencapai matlamat utamanya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya pemahaman tadabbur Al-Quran dalam melahirkan generasi yang memahami Islam dalam ertikata sebenarnya.