Nama Program: YOSH Back Pack to Kedah
Tempat: Kedah Darul Aman
Tarikh: 22-24 Julai 2011 /20-22 Syaaban 1432 H
Program ini anjuran Kelab WAMY Malaysia di bawah unit Media WAMY. Ia dianjurkan dengan kerjasama Yosh Fotografi & The Videographerz yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab WAMY Malaysia yang terlibat tentang kemahiran, teknik & kaedah yang betul tentang penghasilan sebuah video yang berkualiti dan gambar yang menarik.
Perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dar KL- Sentral menuju ke Kedah telah diisi dengan penerangan ringkas oleh Saudara Noor Azree Mohd Hanafiah (YOSH) & Faisal Hamdi (The Videographerz). Perjalanan ke beberapa tempat menarik di dalam bandar negeri Kedah bersama satu kumpulan kecil yang mempunyai kecenderungan atau minat yang sama telah menggamit suasana yang menarik terutama di kalangan masyarakat setempat. Penghasilan iklan bulan Ramadhan berjaya dihasilkan dengan kerjasama krew & penduduk sekitar. Pendedahan tentang teknik & cara yang betul dapat memberi kesan penataan yang bermutu dalam penghasilan sesebuah video.