Rehlah Tarbawi Pelajar IPT

Nama Program : Rehlah Tarbawi Para Pelajar IPT

Tempat            : Lopoh Waterfront, Hulu Langat Selangor.

Tarikh              : 24 Julai 2010 /12 Syaaban 1431 H

Program ini adalah anjuran Unit Wanita WAMY Malaysia. Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama pelajar selain dapat mengenali lebih dekat para mad’u baru. Aktiviti  yang diadakan adalah untuk mengajak para peserta bertafakkur tentang kejadian alam ciptaan Allah supaya mengenali pencipta melalui alam sekitar . Meningkatkan tahap disiplin dan ketaatan kepada ketua.

Ukhuwah sesama peserta dirapatkan lagi dengan aktiviti  ‘Jom Makan Buah’ secara beramai-ramai . Buah-buahan yang menjadi pilihan penganjur adalah buah durian dan buah dokong. Aktiviti ini diselang seli dengan  sesi ta’aruf sesama mereka.

Selepas tamat program, para peserta pulang ke destinasi masing-masing setelah dititipkan pesanan agar dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang program.

Leave a comment