Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia ke Hikmah & Perkampungan Islam di Sarawak

Pada 8 Ogos yang lalu Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia Ustaz Shahrin Awaluddin telah berkunjung ke Ibu Pejabat HIKMAH dalam rangka lawatan untuk mengadakan program kerjasama di antara WAMY dan HIKMAH.

Dalam pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH ,En Alwi Hj Morshidi pihak WAMY telah memaklumkan bidang kerjasama yang boleh dilakukan dengan pihak HIKMAH yang juga merupakan pertubuhan Islam terbesar di Sarawak.Pertemuan susulan akan diadakan setelah pihak WAMY merangkakan yang berkaitan dengan pembangunan Belia dalam menjayakan usaha dakwah di bumi Kenyalang ini.

Terdahulu daripada itu Ustaz Shahrin telah berkesempatan untuk mengadakan program ziarah Ramadan keperkampungan islam di Kampung Temaga Dayak,daerah Sematan,Lundu di bahagian Kuching. Beliau bersama rombongan dari Kuching telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama 10 keluarga saudara kita di kampong berkenaan disusuli dengan solat terawih 8 rakaat dan diakhiri dengan penyampaian barang sumbangan dari pihak Islamic Relief Malaysia (IRM).

 

 

Leave a comment