1 julai 2009 Perkid

Pada 16 Jun 2009 yang lepas, pihak WAMY telah mengadakan ziarah ke PERKID. Ziarah ke PERKID ini disertai oleh 3 orang kakitangan WAMY Malaysia iaitu Siti Sakinah bt Meor Omar Baki, Nor Arbaayah bt Abdul Rahman dan Saniah bt Hj.Ahmad.

Antara objektif ziarah adalah seperti berikut:

  1. Untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang diketuai oleh Ust.Masridzi.
  2. Menjalinkan hubungan silaturrahim dengan pihak PERKID.

Pihak kami diberi penerangan sedikit sebanyak mengenai penubuhan PERKID. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, singkatannya PERKID, telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2000.

PERKID adalah merupakan ahli Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, iaitu sebuah badan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri.

Pada mula penubuhannya ibu pejabat PERKID bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Selaras dengan perkembangan organisasinya, pejabat PERKID seterusnya ialah di USJ Subang Jaya; Wisma Yakin, Kuala Lumpur; Seksyen 15, Bandar Baru Bangi; dan Bandar Baru Ampang. Mulai Jun 2006, PERKID beroperasi di pejabat sekarang di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat.

Hasil perbincangan kami bersama Ust. Masridzi, kesimpulan yang kami perolehi adalah seperti berikut:

1.         Gejala sosial dikalangan remaja Malaysia terutama remaja melayu semakin serius .

2.         WAMY Malaysia sebagai pihak NGO perlu lebih bersikap proaktif bukan sekadar melaksanakan amal ma’aruf sahaja tetapi juga nahi mungkar.

Leave a Reply