Pada 23hb Julai yang lepas, WAMY Futsal telah mengadakan sessi ‘warming up’ buat pertama kalinya. Sebanyak lapan ‘team’ telah menyertai sesi ini yang diadakan di Sports Seven, Wangsa Maju. Pasukan-pasukan tersebut datang dari pelbagai tempat yang terdiri daripada pelajar-pelajar  universiti, graduan dan belia-belia yang bekerja. Permainan pun bermula pada jam 9.00 mlm – 11.00 mlm.

P7230515

Setiap pasukan menunjukkan kehebatan dan skil masing-masing. Wah, potensi sangat besar. Memandangkan ramai pasukan yang hadir, WAMY Futsal akan mewujudkan sistem pendaftaran pasukan untuk menyertai sesi ‘warming up’ (Latihan berkala). Jadi pastikan anda sempat untuk mendaftar menyertai sesi yang akan datang iaitu pada 6hb Ogos 2009. Selepas ini setiap peserta perlu memiliki ‘team’ untuk menyertai kami. Dan jangan lupa semua, siap sedia untuk menghadapi Tournament yang akan diadakan tidak lama lagi.

Muda.. unggul.. bertauhid. Mari bina generasi mu’min berkemampuan sukan.

Ok. JOM MAIN FUTSAAAAAAAALLLLL!!!!

P7230467

P7230473

3 Responses to “WAMY FUTSAL SESI 1”

  1. salam.tempat+masa yang sama?

  2. Yap, tempat dan masa yang sama pada 6hb Ogos 2009

  3. Syukran Jazilan kerana mengadakan Sesi Futsal kedua.
    Kerinduan kepada futsal juga terubat.

    Yang memakai jersi putih nombor 15
    Mustafa B

Leave a Reply