Pada 26 hingga 28hb Jun yang lepas, WAMY Malaysia telah Menganjurkan “Tamrin Akhawat WAMY” bertempat di MIG, Bangi, Selangor. Program tersebut berbentuk seminar dan bengkel dengan tema “Kesinambungan Perjuangan”.
Objektif yang dicapai adalah jalinan ukhuwah antara peserta, pemantapan kefahaman kepada keperluan tarbiyah dan dakwah serta berusaha melaksanakannya di dalam kehidupan. Selain itu WAMY terus memberi penekanan dalam membentuk peribadi dai’e yang mempunyai kemantapan akal, jasad dan ruh.
Seramai 17 orang peserta wanita telah hadir ke program tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pembentangan mengenai peribadi dan kegiatan Da’wah As-Syahid Hassan Al Banna yang disampaikan oleh Dr. Abdul Latiff Mohammad (PhD Kedoktoran). Seterusnya, pembentangan mengenai hala tuju dakwah telah disampaikan oleh Yelli Augistini Siswotomo, penceramah Jemputan dari Indonesia (B.Sc Mathematics).
Selain itu peserta dihidangkan dengan Senamrobik ‘Ruhul Jadid’, tazkirah dan perbincangan dakwah.
Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan. Tahniah buat Nurulhuda Khairul Anuar dan rakan-rakan selaku penganjur program ini.


