Pihak WAMY Malaysia telah berbesar hati untuk menyumbangkan mushaf Al Quran dalam pelbagai bahasa kepada pihak Malaysia Airport Berhad untuk diletakkan di surau-surau KLIA. Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia Tn Hj Abd Haris b Bain bersama dengan 3 kakitangan WAMY yang lain iaitu En Azree b Hanifiah, Cik Saniah Hj Ahmad dan juga Cik Nor Arbaayah b Abdul Rahman turut mengiringi beliau dalam program sumbangan Al Quran.
Ketibaan kami disambut mesra oleh Cik Wan Hasni iaitu salah seorang pegawai MAB yang terlibat dalam program sumbangan Al Quran ini. Kami dijemput untuk ke bilik mesyuarat bagi menunggu ketibaan Tn Hj Aznan b Othman selaku Senior Manager Operation MAB dan juga Tn Daud Hosnan selaku General Manager.
Setelah sesi beramah mesra antara kedua-dua belah pihakberakhir, tiba masa untuk memperkenalkan WAMY Malaysia. Pengenalan mengenai WAMY telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Eksekutif WAMY. Pihak MAB sangat mengalu-alukan bahan-bahan bacaan, risalah, juga mushaf Al-Quran dari pihak WAMY untuk diletakkan di satu sudut bacaan, yang akan dibaca oleh para penumpang yang menunggu penerbangan.

Setelah mendengar penerangan mengenai WAMY, yang mana WAMY terlibat dengan aktiviti pelajar-pelajar tempatan dan juga pelajar-pelajar antarabangsa pihak MAB telah berbesar hati untuk memberikan kebenaran untuk menggunakan kemudahan Masjid Sultan Abdul Samad untuk menganjurkan program-program pelajar.
Sesi berakhir dengan upacara penyerahan sumbangan Al Quran yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif WAMY Tn Hj Abdul Haris b Bain kepada Tn Daud Hosnan, General Manager MAB.

Disediakan oleh,
Cik Nor Arbaayah b Abdul Rahman
