Jan 20, 2010
Posted | 0 comments
MUKHRIN: Mukhayyam + Tamrin
Alhamdulillah, kami telah berjaya menganjurkan Program Mukhayyam + Tamrin (MUKHRIN) pada 1-3 Januari 2010 (15-17 Muharram 1431h). MUKHRIN merupakan anjuran bersama dengan JIM IPT Daerah Hulu Langat.
MUKHRIN merupakan program berbentuk explorace dan dijalankan di sekitar Negeri Selangor dan juga Negeri Sembilan. Di akhir program, peserta diminta untuk berkongsi mengikut kumpulan tentang pengalaman, perancangan (masa, duit, perjalanan) di sepanjang aktiviti ini.
Semua peserta kelihatan seronok dan berpuas hati dengan penganjuran program seperti ini. MUKHRIN berjaya mencapai objektif yang dirancangkan.



