29hb dan 30hb April 2009 – WAMY Malaysia telah mengadakan Kursus  Kemahiran Pengurusan untuk Staf-staf bertempat di Hotel De Palma, Ampang.  Kursus ini telah dikendalikan oleh pihak pengurusan Wamy Malaysia dan diketuai oleh Pengarah Eksekutif Wamy Malaysia sendiri iaitu Ustaz Abdul Haris b Bain.  Kursus ini dikendalikan oleh pelatih yang telah dijemput khas dari Dammam iaitu Ustaz Mahmood Ahmad Abdul Latif, Pengarah Aktiviti Luar WAMY Kawasan Timur, Kerajaan Arab Saudi.  Beliau mendapat pengiktirafan dari Commissioner Trainer In The Global Academy For Training & Consultation G.A.T.C in Britain.

ziarah-malaysia-3

Objektif dari Kursus Kemahiran Pengurusan ini adalah:

1.    Untuk meningkatan kemahiran para pekerja Wamy Malaysia bagi mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat WAMY di Riyadh, Arab Saudi.
2.    Untuk meningkatkan prestasi kerja
3.    Untuk memastikan para pekerja aktif dalam penglibatan dan penganjuran program yang telah dirancang untuk sepanjang tahun.

Kursus ini juga telah dihadiri oleh Dr. Jamaluden b. Yousef Salagoor selaku Naib Deputy General Supervisor of Programs & External Affairs, Wamy Eastern Province, Kingdom of Saudi Arabia.  2 orang adik Dr Jamaluden iaitu Ustaz Fauzan dan juga Ustaz Hasan turut terlibat didalam kursus ini sebagai pemerhati.  Kursus yang diadakan selama 2 hari ini berakhir pada pukul 17:00 petang.  Sebelum bersurai para peserta dianugerahkan dengan sijil penyertaan kursus oleh Dr Jamaludden dan diiringi oleh Ustaz Abdul Haris dan Ustaz Mahmood.

ziarah-malaysia-62

Leave a Reply