Pada 15 Januari yang lepas, kami dikunjungi beberapa kumpulan remaja yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang WAMY. Kumpulan remaja ini dalam program “Road to Jawa” yang dianjurkan hampir setiap tahun oleh Sekolah Menengah Hidayah, Johor Bahru.
Salah satu daripada tugasan yang diberikan kepada mereka adalah mengenali tokoh yang ada di Malaysia. Oleh kerana itu, mereka bertandang ke WAMY untuk menemuramah Pengarah Eksekutif WAMY, Abd Haris Bain.

